-->

Pengajaran Bahasa Melayu Berasaskan Komputer

Blog ini diterbitkan untuk pembacaan umum yang berkaitan dengan nota-nota pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, blog ini sangat sesuai untuk pembacaan dari segi semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Oleh itu, setiap catatan yang akan saya paparkan pada blog ini akan memberi seribu makna dan manfaat kepada para pembaca blog ini.

  • HALAMAN UTAMA ARNIEZA KAORU... ^_^
  • BAHAN PENGAJARAN (NOTA)
  • HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
  • KATALOG INTERNET

Sabtu, 25 Januari 2014

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENULIS)

KEMAHIRAN MENULIS

7.1   Peringkat Perkembangan Menulis


Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.  Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain.  Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya.  Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.  Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka.  Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat.


7.1.1   Jenis Kemahiran Menulis


Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.

Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca.   Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam  menulis perkataan-perkataan.  Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3).  Kanak-kanak berkeperluan khas  bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah.  Mereka didapati sukar menulis  huruf –huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf  yang salah. 

Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita,  dan sebagainya.  Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap.  Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan  oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.  Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti  menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.



7.1.2   Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis


Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh  kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan  dan keupayaan mereka.  Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis.  Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari.  Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan  jari seperti  menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya.  Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.   Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan
 dan permainan tertentu.  Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.

Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):

i.              peringkat pra menulis

ii.            peringkat mendirikan  asas (peringkat mekanis)

iii.           peringkat untuk pelahiran (mentalis)


Peringkat Pra menulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.  Pada peringkat ini  otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas.  Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk  yang dilihat.

Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.  Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i.              Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

ii.            Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii.           Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv.           Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.

v.            Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

vi.           Melukis garis condong.

vii.          Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

viii.        Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan  bentuk huruf-huruf tersebut.
Dicatat oleh arnieza kaOru di 9:00 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

click to create your own

Islamic widget

Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah

SENARAI CATATAN BLOG KAORU ^_^

  • AKTIVITI NYANYIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN VIDEO
  • HAIWAN KESAYANGAN SAYA
  • INTERAKSI 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU (KATALOG INTERNET)
  • INTERAKSI 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (BROSUR)
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (ETIKA PENGGUNAAN INTERNET)
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (LICENSE CREATIVE COMMON)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MEMBACA)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENDENGAR DAN BERTUTUR 2)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENDENGAR DAN BERTUTUR)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENULIS)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - SENI BAHASA)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - TATABAHASA)
  • INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB)
  • INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (PROSEDUR)
  • INTERAKSI 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR DAN PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.
  • INTERAKSI 8: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN
  • INTERAKSI 9: MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWSLETTER DAN KAD PENGUMUMAN
  • INTERAKSI 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 11: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
  • INTERAKSI 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD, KINI DAN MENDATANG.
  • ISU-ISU SEMASA TENTANG PENGGUNAAN KOMPUTER

Islamic Quote

Islamic Quote of the Day

Digital Clock Islamic

Digital Clock Islamic Ornamental Button

calendar kaoru

Islamic Calendar

Blogger Themes

Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Members Kaoru

  • BLOG SAIFUL
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ZURINA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JOSEPHINE
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SIEW LI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AZWA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG LIANA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ALLERY
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JOSEPH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TARMIZI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG HAFIZ
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TIKAH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AINUL
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SIEW LENG
    11 tahun yang lalu
  • BLOG FIKRI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AZIM
    11 tahun yang lalu
  • BLOG POR
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ASUN
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JACK
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AIDA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TASHA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JANI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TEA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SOLLEHAH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG GELMY
    11 tahun yang lalu
  • BLOG PEREIRA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG EN.KHAIRI
    14 tahun yang lalu

About Me

Foto saya
arnieza kaOru
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Saya, Nurul Aniza Shaini. a.k.a Arnieza KaOru. Mudah-mudahan segala maklumat yang terdapat dalam blog ini dapat dikongsi bersama-sama. In Sha Allah, ilmu yang akan disampaikan akan diberkati dan dirahmati. Amin...
Lihat profil lengkap saya

BILANGAN PELAWAT BLOG ARNIEZA KAORU ^_^

the best web counter
Know Web Hits

Hiasan Maple


Followers Kaoru


Animated School Pencil


Sederhana Itu Indah

Tema Ringkas. Imej tema oleh konradlew. Dikuasakan oleh Blogger.