-->

Pengajaran Bahasa Melayu Berasaskan Komputer

Blog ini diterbitkan untuk pembacaan umum yang berkaitan dengan nota-nota pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, blog ini sangat sesuai untuk pembacaan dari segi semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Oleh itu, setiap catatan yang akan saya paparkan pada blog ini akan memberi seribu makna dan manfaat kepada para pembaca blog ini.

  • HALAMAN UTAMA ARNIEZA KAORU... ^_^
  • BAHAN PENGAJARAN (NOTA)
  • HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
  • KATALOG INTERNET

Ahad, 6 April 2014

INTERAKSI 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

INTERAKSI 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 

 

14.1 Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat



14.2 MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

 Langkah –langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut:






MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN



CONTOH APLIKASI



·         CD-ROM ini member kemudahan kepada pelajar dan guru dalam mengenali sajak khususnya pada sajak “Khatulistiwa”




2.  BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
 
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.
Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.
Format DVD
Ciri-ciri
DVD-R
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
DVD+R
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAM
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
DVD-RW
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.
DVD+RW
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/W
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/W
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)
Cakera Optik
Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik. Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait). Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja. Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).
Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam. Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.
CD-ROM adalah kategori cakera padat bersaiz 120mm dengan muatan yang pelbagai (daripada 650MB) hingga ke beberapa Gigabait), CD foto, dan CD-I adalah beberapa contoh cakera optik yang tergolong dalam jenis CD-ROM.
Cakera optik jenis WORM pula membenarkan pengguna merakam maklumat pada, tetapi hanya sekali rakam sahaja. Setelah itu, cakera optik WORK bertindak seperti CD-ROM. Rakaman ke cakera optik WORM memerlukan pemacu cakera WORM yang lebih dikenali dengan nama perakam cakera pada (CD-writer). Cakera padat boleh rakam (CD-R) adalah contoh cakera optik WORM.
Cakera optik boleh padam berfungsi sebagaimana cakera keras atau liut. Hanya, dengan teknologi yang ada pada hari ini, tempoh rakaman dan capaian pada cakera keras optik boleh padam adalah lebih lama berbanding cakera keras. Cakera optik jenis ini menggunakan teknologi laser bersama-sama dengan teknologi magnet untuk merakam dan menghapus data. Cakera ini selalunya digunakan sebagai sandaran (backup) kepada cakera keras, kerana ia lebih stabil dan tidak berlaku crash. Contoh cakera optik jenis ini adalah cakera optik magneto (magneto optical Disk) dan cakera padat boleh baca/tulis (CD-RW).
Semasa proses merakam (tulis) data pada cakera optik, pancaran laser berkuasa tinggi digunakan. Suhu daripada cahaya tersebut meleburkan permukaan cakera optik dan menghasilkan lubang-lubang dalam susunan yang khas dipermukaannya. Semasa proses mencapai (baca) data pula, pancaran cahaya laser berkuasa rendah dikenakan pula pada permukaannya, bahagian yang berlubang tidak membalikkan pancaran akan diterima sebagai nilai 0. Bahagian yang membalikkan cahaya pula akan diterima sebagai nilai 1.

Ciri-ciri Perisian Kursus Multimedia Dalam Pendidikan


  • Penggunaan perisian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang terlalu asing di Malaysia.
  • Namun begitu pembangunan perisian pendidikan bermutu di negara ini masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan perkembangan pesat teknologi perkakasannya serta permintaan terhadap perisian itu sendiri yang semakin meningkat. Bagi meningkatkan mutu perisian pendidikan beberapa ciri perlu diterapkan dalam pembangunan perisian seperti :


a) Memenuhi Keperluan Pengguna

  • Sebelum sesuatu perisian dibangunkan perekabentuk mestilah mempastikan keperluan pengguna. Kajian perlu dibuat sebelum perisian yang dirancang itu dibangunkan.
  • Dalam bidang pendidikan sesuatu perisian itu mestilah berunsurkan pembelajaran interaktif. Ia perlu dapat menarik minat pengguna dalam menyampaikan mesej.



b) Interaktif

  • Perisian multimedia mestilah berorientasikan interaktif. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam situasi dua hala.
  • Ia perlu mempunyai unsur simulasi interaktif dengan penggunaan pelbagai media penyampaian agar pelajar dapat berfikir secara kritis dalam mencari maklumat.



c) Sumber maklumat atau data

  • Perisian multimedia perlu mengandungi sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak pelajar. Pelajar boleh meneroka perisian-perisian secara interaktif untuk mencari maklumat yang diperlukan.
  • Contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan perisian multimedia ialah perisian ensaiklopedia.


d) Menghibur dan berinformasi

 

Tahap ingatan manusia adalah sangat rendah jika interaksi berlaku sehala sama ada hanya mendengar atau melihat tetapi daya ingatan akan bertambah jika adanya interaksi dua hala. Oleh itu sesuatu perisian multimedia yang hendak dibina hendaklah menyalurkan maklumat dalam bentuk yang menghiburkan agar tumpuan pelajar dimaksimumkan. Selain dari itu perisian multimedia juga hendaklah mencabar minda pelajar agar maklumat yang hendak disampaikan tidak terlalu mudah dan membosankan.

e) Melibatkan Penggunaan Pelbagai Deria Pengguna

  • Setiap perisian yang hendak dibangunkan hendaklah menggabungkan beberapa perkara seperti audio, visual, animasi dan grafik agar penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan melibatkan pelbagai deria pengguna.
Penyampaian maklumat melalui teks adalah kurang berkesan jika dibandingkan dengan teks dan grafik
Dicatat oleh arnieza kaOru di 3:00 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

click to create your own

Islamic widget

Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah

SENARAI CATATAN BLOG KAORU ^_^

  • AKTIVITI NYANYIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN VIDEO
  • HAIWAN KESAYANGAN SAYA
  • INTERAKSI 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU (KATALOG INTERNET)
  • INTERAKSI 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (BROSUR)
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (ETIKA PENGGUNAAN INTERNET)
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (LICENSE CREATIVE COMMON)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MEMBACA)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENDENGAR DAN BERTUTUR 2)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENDENGAR DAN BERTUTUR)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENULIS)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - SENI BAHASA)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - TATABAHASA)
  • INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB)
  • INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (PROSEDUR)
  • INTERAKSI 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR DAN PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.
  • INTERAKSI 8: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN
  • INTERAKSI 9: MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWSLETTER DAN KAD PENGUMUMAN
  • INTERAKSI 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 11: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
  • INTERAKSI 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD, KINI DAN MENDATANG.
  • ISU-ISU SEMASA TENTANG PENGGUNAAN KOMPUTER

Islamic Quote

Islamic Quote of the Day

Digital Clock Islamic

Digital Clock Islamic Ornamental Button

calendar kaoru

Islamic Calendar

Blogger Themes

Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Members Kaoru

  • BLOG SAIFUL
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ZURINA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JOSEPHINE
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SIEW LI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AZWA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG LIANA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ALLERY
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JOSEPH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TARMIZI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG HAFIZ
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TIKAH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AINUL
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SIEW LENG
    11 tahun yang lalu
  • BLOG FIKRI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AZIM
    11 tahun yang lalu
  • BLOG POR
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ASUN
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JACK
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AIDA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TASHA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JANI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TEA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SOLLEHAH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG GELMY
    11 tahun yang lalu
  • BLOG PEREIRA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG EN.KHAIRI
    14 tahun yang lalu

About Me

Foto saya
arnieza kaOru
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Saya, Nurul Aniza Shaini. a.k.a Arnieza KaOru. Mudah-mudahan segala maklumat yang terdapat dalam blog ini dapat dikongsi bersama-sama. In Sha Allah, ilmu yang akan disampaikan akan diberkati dan dirahmati. Amin...
Lihat profil lengkap saya

BILANGAN PELAWAT BLOG ARNIEZA KAORU ^_^

the best web counter
Know Web Hits

Hiasan Maple


Followers Kaoru


Animated School Pencil


Sederhana Itu Indah

Tema Ringkas. Imej tema oleh konradlew. Dikuasakan oleh Blogger.