-->

Pengajaran Bahasa Melayu Berasaskan Komputer

Blog ini diterbitkan untuk pembacaan umum yang berkaitan dengan nota-nota pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, blog ini sangat sesuai untuk pembacaan dari segi semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Oleh itu, setiap catatan yang akan saya paparkan pada blog ini akan memberi seribu makna dan manfaat kepada para pembaca blog ini.

  • HALAMAN UTAMA ARNIEZA KAORU... ^_^
  • BAHAN PENGAJARAN (NOTA)
  • HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
  • KATALOG INTERNET

Jumaat, 14 Mac 2014

INTERAKSI 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

INTERAKSI 10 : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu




Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
  • Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
  • Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:


Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio:

Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
  • Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
  • Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
  • Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
  • Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
  • Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
  • Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
  • Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen audio
  • Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan

Panduan meggunakan elemen video
  • Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan elemen animasi
  • Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
  • Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:

(i) Membina bahan video
Langkah 1 & 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.


Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.

Dicatat oleh arnieza kaOru di 2:00 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

click to create your own

Islamic widget

Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah

SENARAI CATATAN BLOG KAORU ^_^

  • AKTIVITI NYANYIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN VIDEO
  • HAIWAN KESAYANGAN SAYA
  • INTERAKSI 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU (KATALOG INTERNET)
  • INTERAKSI 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (BROSUR)
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (ETIKA PENGGUNAAN INTERNET)
  • INTERAKSI 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET (LICENSE CREATIVE COMMON)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MEMBACA)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENDENGAR DAN BERTUTUR 2)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENDENGAR DAN BERTUTUR)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - MENULIS)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - SENI BAHASA)
  • INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KEMAHIRAN BERBAHASA - TATABAHASA)
  • INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB)
  • INTERAKSI 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (PROSEDUR)
  • INTERAKSI 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR DAN PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.
  • INTERAKSI 8: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN
  • INTERAKSI 9: MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWSLETTER DAN KAD PENGUMUMAN
  • INTERAKSI 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 11: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
  • INTERAKSI 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • INTERAKSI 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD, KINI DAN MENDATANG.
  • ISU-ISU SEMASA TENTANG PENGGUNAAN KOMPUTER

Islamic Quote

Islamic Quote of the Day

Digital Clock Islamic

Digital Clock Islamic Ornamental Button

calendar kaoru

Islamic Calendar

Blogger Themes

Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Selamat Datang ke Blog Kaoru...Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Members Kaoru

  • BLOG SAIFUL
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ZURINA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JOSEPHINE
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SIEW LI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AZWA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG LIANA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ALLERY
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JOSEPH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TARMIZI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG HAFIZ
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TIKAH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AINUL
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SIEW LENG
    11 tahun yang lalu
  • BLOG FIKRI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AZIM
    11 tahun yang lalu
  • BLOG POR
    11 tahun yang lalu
  • BLOG ASUN
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JACK
    11 tahun yang lalu
  • BLOG AIDA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TASHA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG JANI
    11 tahun yang lalu
  • BLOG TEA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG SOLLEHAH
    11 tahun yang lalu
  • BLOG GELMY
    11 tahun yang lalu
  • BLOG PEREIRA
    11 tahun yang lalu
  • BLOG EN.KHAIRI
    14 tahun yang lalu

About Me

Foto saya
arnieza kaOru
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Saya, Nurul Aniza Shaini. a.k.a Arnieza KaOru. Mudah-mudahan segala maklumat yang terdapat dalam blog ini dapat dikongsi bersama-sama. In Sha Allah, ilmu yang akan disampaikan akan diberkati dan dirahmati. Amin...
Lihat profil lengkap saya

BILANGAN PELAWAT BLOG ARNIEZA KAORU ^_^

the best web counter
Know Web Hits

Hiasan Maple


Followers Kaoru


Animated School Pencil


Sederhana Itu Indah

Tema Ringkas. Imej tema oleh konradlew. Dikuasakan oleh Blogger.